Thursday 26 April 2012

Al-Fatihah untuk BABA...



Pengarah PKS Kelantan meninggal dunia

Aslani M, 25 Apr 2012
KOTA BHARU: Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan, Abdul Rahim Salleh (gambar), 60 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kira-kira jam 2.30 petang ini.

Beliau dimasukkan ke HUSM petang Ahad lalu akibat serangan strok.

Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin berkata, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan ke HUSM petang Ahad lalu.

“Beliau tidak sedarkan diri sehinggalah menghembuskan nafas terakhir petang ini. Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Kampung Jambu, Dun Chempaka berhampiran rumahnya selepas solat Isya’ malam ini,” katanya di sini.

Allahyarham merupakan bekas Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Kelantan. Dan selepas menamatkan perkhidmatan beliau ditawar menerajui PKS bagi membantu kerajaan negeri.

Beliau mula berkhidmat sebagai pengarah PKS mulai November tahun lepas. Pengalamannya berkhidmat berpuluh tahun dengan jabatan kerajaan pusat banyak membantunya di PKS.

Allahyarham berasal dari Besut berhijrah ke Kelantan selepas berkhidmat di sini. Isterinya bekas pendidik, Siti Wan Noor Kalmilah Wan Mohd Noor bersal dari Pasir Pekan.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak dan seorang balu. Jenazahnya dijangka disemadikan di tanah perkuburan Islam di Pasir Pekan, kampung halaman isterinya.

Zainal Abidin berkata, biar pun tempoh perkhidmatannya singkat, namun Allahyarham berjaya merancang pelbagai perkara terutamanya berkaitan persiapan menghadapi pilihan raya.

“Pengalamannya bersama SPR sebelum ini dapat membantu PKS melakukan kaji selidik dengan program turun ke bawah,” katanya.

Sementara itu kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka bersabar menempuh segala dugaan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada kerajaan negeri memandangkan pengalamannya cukup luas berkaitan pilihan raya.- Al Fatihah

No comments:

Post a Comment