Friday 27 April 2012

Bukan Satu, tapi Dua!!!!

[Dunia] Petani kahwin dua wanita satu malam!




SAMARRA, Iraq 27 April - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita.
Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.


Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu.

Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit.
Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut.

Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam.

Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan.

"Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut," katanya.

Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut.
Intidhar berkata: "Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan?

"Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil."


Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil.
Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu.
Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.

Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu.
Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti.

Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu.
Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak.

Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis.

Idea Abdul Rahman berkahwin dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya.

"Lelaki ini seorang hero. Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut dimasukkan dalam Guinness World Records," komen Ali Bassi Abbar.


Namun, Sara Yasser memberikan komen dengan sinis.


"Kasihan lelaki itu, dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki yang baik," katanya.


Seorang lagi wanita, Sara Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak mempunyai perasaan dan maruah. - AFP


 p.s: Hebakkkkk... hebakkkk..... tak terkata aku.... doakan mereka bahagia sudeh yea.....! barangkali ni petani masyukkk gamaknye.... :)

sessi muhasabah diri sendiri: tengok reply CIk. Intidhar saat dia mendengar perkataan bakal suaminye tentang kawin 2..... masyaALLAH... hebakkk bukan??

credit to CARI FORUM

Thursday 26 April 2012

Al-Fatihah untuk BABA...



Pengarah PKS Kelantan meninggal dunia

Aslani M, 25 Apr 2012
KOTA BHARU: Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan, Abdul Rahim Salleh (gambar), 60 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kira-kira jam 2.30 petang ini.

Beliau dimasukkan ke HUSM petang Ahad lalu akibat serangan strok.

Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin berkata, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan ke HUSM petang Ahad lalu.

“Beliau tidak sedarkan diri sehinggalah menghembuskan nafas terakhir petang ini. Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Kampung Jambu, Dun Chempaka berhampiran rumahnya selepas solat Isya’ malam ini,” katanya di sini.

Allahyarham merupakan bekas Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Kelantan. Dan selepas menamatkan perkhidmatan beliau ditawar menerajui PKS bagi membantu kerajaan negeri.

Beliau mula berkhidmat sebagai pengarah PKS mulai November tahun lepas. Pengalamannya berkhidmat berpuluh tahun dengan jabatan kerajaan pusat banyak membantunya di PKS.

Allahyarham berasal dari Besut berhijrah ke Kelantan selepas berkhidmat di sini. Isterinya bekas pendidik, Siti Wan Noor Kalmilah Wan Mohd Noor bersal dari Pasir Pekan.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak dan seorang balu. Jenazahnya dijangka disemadikan di tanah perkuburan Islam di Pasir Pekan, kampung halaman isterinya.

Zainal Abidin berkata, biar pun tempoh perkhidmatannya singkat, namun Allahyarham berjaya merancang pelbagai perkara terutamanya berkaitan persiapan menghadapi pilihan raya.

“Pengalamannya bersama SPR sebelum ini dapat membantu PKS melakukan kaji selidik dengan program turun ke bawah,” katanya.

Sementara itu kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka bersabar menempuh segala dugaan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada kerajaan negeri memandangkan pengalamannya cukup luas berkaitan pilihan raya.- Al Fatihah

Wednesday 25 April 2012

Antara perbuatan yang MAMPU dilakukan semasa MEMANDU....

Hi all...

hari ni wednesday... kene wordless ker?...ok2.. aku share more picture instead of words...

picture pertama!


picture kedua!

 picture ketiga!


hebat kan baby tu? bole tido masa memandu! tu baby memandu kete mainan.. what if dewasa memandu kete betul? haru2....


picture keempat!

having sex.... tapi picta tadak.. sensored! tp wujud tau! korang google la pictanye sendiri kay?


picture kelima!


multi tasking... eating lagi, on the phone lagi... hebakkkkk hebakkkkk!


picture keenam!


picta makan lagi.. nampak dia makan ape tu? yang penting bukan simple2 food ok? siap dlm bekas n ber garfu....

kenapa yea aku post picta2 ni... nak katanye... dalam kete ni macam2 boleh wat... lantak korangla nak wat apepun.. tapi..... tolonglaa pastikan..... yang korang takkan melanggar sesiape masa korang buat macam2 dalam kete tu....

pagi tadi kat area Kelana Jaya.. aku ngan dear otw ke opis... kami bermotobike je... senang!.. tetibe dear cam mengelak.... aku tanye dear.. nape? dear cakap org depan kita ni nak langgar kita... dia lepas steering pasal sibuk makan dalam kete... aku tanye dear.. dia makan ape? dear cakap cam mee dalam bekas...

hebat kat?

Tuesday 24 April 2012

Satu datang dan Satu pergi?

hi all....

hows life.... ? ok ke? please hargai orang2 kesayangan korang setiap masa... kita takkan tau bila dia akn pergi tinggalkan kita.... dan kalo sampai masa korang memang tak mampu nak layan baik-baik dah..please let him/her know... sebab dengan melayan secara jahat dan zalim hanya menambah luka dijiwa penerima... mungkin bila diberitahu ape yang kurang, cela masih boleh dibaiki kan?

entry aku kali ni tentang datang dan pergi... setiap yang datang mesti pergi kan? setiap yang pergi akan datang balik ke? ohhh!! itu hantu....takut tawwww!!! aku takut tengok cerita hantu, keganasan, tembak menembak, hiris menghiris..... aku suka yang funny, sengal, affection.. kikiki.... jiwang ke nih? jiwang la kut bak kata cik Fathin.... hehehehehehe...

aku teringat cerita tentang datang dan pergi ni ketika berborak2 dengan saudara mara datang rumah... dia beritahu kami... anak saya ni lahir sama tarikh kawin adik saya... senang nak ingat berapa tahun dah mereka berkahwin.. dengan senyum... sebab 2 hari sebelum adik saya kawin, anak saya lahir... mom angguk dan senyum...

mom beritahu... keluarga saya, anak saya ni--> mom tunjuk ke arah aku... lahir tak lama lepas tu.. ayah saya meninggal..nak ingat berapa tahun ayah saya takde, ingat umur anak sulung saya ni.. yea! dah 29 tahun tok ayah pergi.. dan aku tak pernah sempat nak kenal dia, apetah lagi nak bermanjadengan dia...

mom tambah lagi.... dan nak tau suami saya meninggal bila.. umur cucu saya... dah 3 tahun suami saya takde.. sedara mara aku melahirkan muka simpati... yea.. korang.. sejarah berulang.. bukan mungkin lagi... seperti lagu newboyz.. sejarah mungkin berulang.. :( ni memang benar2 berulang.... dan sekarang ni aku dikejutkan dengan perkhabaran bapa susu aku sedang kritikal, baru sahaja menyambut cucu kedua... 

cepat sembuh ya baba.... aina mesti balik dalam waktu terdekat untuk tengok baba... insyaALLAH....

Friday 20 April 2012

Konsert Diraja vs. Demonstrasi

Assalamualaikum!!!

ahaks!!! jom selawat dulu.....



 ok!!!! sorry kepada yang tertunggu posting aku disini.. kalo ade yang tunggu lah!... aku decide tutup jap pasal aku kesian ngan visitor kalo datang takde mende baru nk baca... huarghhhh.. cam ramai je visitor kekdahnye..... :)

malam tadikan guys, aku gi Dataran Merdeka... nengok latihan untuk Konsert Diraja sempena perlantikan Agong Baru, mai Kedah kali ni... pahni mari Qlate plop.... teruja ambe nak tengok sape permaisuri agong ambe pahni... hehehehehhehe..


tengah dok enjoy tengok penari2 pusing sana sinih.. pancaragam ATM kemas alatan music... aku terpandang satu grup manusia dekat tepi yang ade air pancur orang jumpa dead body tempoh hari tu la..... alahai.... camner nk cakap ea? ok... tv besaq tu..... belah kiri kan kalo ngadap dataran... ni belah kanan dia.... ujung jalan.... ok2.... aku cam eager la nak taw ape itu? sebelum tu dear ade cakap sama aku.. ade orang wat demo kat dataran pasal isu PTPTN... aku cakap tipulah! kan nak sambut konsert diraja?? mana plak ade demo2 nih? dear cakap meh gi tengok dekat2... memang sohihla....aku sebenarnye maleh nak cakap.... maleh nak ulas bab PTPTN ni.... aku pun peminjam PTPTN tu gak! memang la, dah pinjam kene bayar... basiq rules.. tapi ape yang diperjuangkan adelah isu lain... nak tau lebih lanjut pi la jumpa deme yang berkampung disana tu...siap berkhemah bagai tuh!

picta? aku malas nak tangkap... hp Samsung aku cabuk! takdak flash..... Iphone cabuk aku tu pun takdak flash... so gamba bukan cantik pun nak tepek sinih... huhuhu.. ade satu khemah tu aku nampak khas untuk drinks/ food... polices ade berkeliaran setakat jam 11.30mlm tadi. tapi takde gangguang dibuat.... tapi deme cakap blom lagi... masih awal untuk speku yang deme boleh tenang dok situh.... dalam 12 am... aku blah.. yela... kene pikir akif ni ha kalo jadi ape2.... aku n dear boleh lari.... akif? summore nak keje lagi kan... so aku tinggalkan deme disana... semoga takde ape2 berlaku kat deme... dan katanye hari ni lagi ramai akan turun duduk bantah Bersih v3.0....since today start weekend dah kan? tapi aku ade dengar, depa cakap on saturday 21.04.2012 depa rehat.. pasal bagi laluan kat Agong...

aku ni bukan suka sangat chaos2 ni.. walaupun blog aku nama chaoticinlife kan? hehehehehe... tapi aku percaya, kita manusia ade hak untuk bersuara, dan ade hak untuk didengari.....so diskus elok2 ya!

p/s: Bertabahla bagi sesapa yang... PTPTN anda berjumlah RM65k..... belum masuk service charge 3% every year..... :)

Monday 9 April 2012

Sibuk=pembangunan, Pembangunan=sibuk!

hi all.....

ape cer weekend? sibuk ke santai? as for aku.... can say santai kot? tak gi ner pun.... rumah sajork!! cuma sabtu tu menghadiri pengkebumian sepupu dear kat Taman Maluri Kepong!.. bukan Cheras ok?... ade citer pasal Tman Maluri ni... aku penah naik bus nak gi Taman Maluri, Cheras dari opis, drebar tu tanye.... nak gi ner ni DIK? (adikla sgt..... kan? bluweeeekkk).... nak gi Taman Maluri la.... Taman Maluri mana? Taman Maluri Cheras la.... sib baik Taman Maluri Cheras.... dik tau ke ade satu lagi Taman Maluri? tau.... kat Kepong lagi satu kan? aku pun terus berlalu....

ok2... abis pengkebumian kol 12 camtu ajak dear shop barang rumah kat Tesco Kepong..... ok lah.. sama jea kan Tesco memana kan? kami ni takde preference... kadang2 econsave.. kadang2 NSK... kadang2 Giant, kadang2 Tesco..... mana2 rasa nak gie je.... sementelah harga lebih kurang je.... takdela beza banyak sangat..... :)

sabtu petang tu dear beli pasir selori.... batu2, simen.... nak sudahkan porch kete katanye.... yang ade tu berbatu2... abis masuk longkang batu kecik2 tu.... dear upah indo 2 orang buat keje.. dia jadi tok mandor je.. tapi tok mandor pun.. silap sikit dia pi betulkan sampai dia puas ati... betulkan sendiri tu... memang dear seorang yang perfectionist! beza ngan aku yang ala kadar ni... dear selalu cakap.. u ni asal boleh je kan??

sabtu malam kami ke masjid.. ade mesyuarat agung pencalonan AJK masjid Kg. Subang.... seronok betol... ! bagi satu nama... terus tutup cadangan.... akhirnya undian pun aku rasa tak perlu kot? dah banyak yang menang tanpa bertanding gituh! kalola dalam PRU camni.... senang keje SPR... dah tau pemenangnye... :).. ape2la... kepada yang telah terpilih tu sila buat kerja anda dengan iklas yea? dear usik aku.. nak masukkan nama aku dalam AJK masjid... aku cakap sama dear... jangan wat keje gila!! 

dan ahad tu start wat keje.. petang tu ujan plak.. sib baik simen sempat keras sikit... kalo tak berlekuk2 la... ujan macam lebat jugak taw.... so tutup2 dengan canvas sesikit ok la.... petang ahad kami gi kedai top up dear.... ingat nak intai2 citer ape best kt panggung now.. tapi masing2 cam takdak mood and nak balik awal.. pasal pagi isnin tadi kami dah bangun kol 5.30am...

awal2 pagi dah memecut si kelisa ke sek. 17 shah alam... amek anak sepupu datang dari kg. datang jalan2 ke KL... kete dear dah terperangkap dlm covered porch... takleh bawak kua.. pasal simen masih lembut.... so kete kelisa je sempat kuar... pagi tu plak aku yang drive! jalan lengan... pecut 120.. dear marah2.... sambil bebel... kalo Myvi takpe gak! okla.. aku turunkan speed menjadi 100 je.... hehehheehhe..

7 lebih lepas breakfast.... aku cepat2 siap gi keje.. aku suh deme makan dulu... aku nak siap2 gi keje... senyum je ank sepupu aku tu tengok aku.... dia tengok aku makan laju gila gamaknye? rushing je aku nih! dear keje petang hari ni.. dear anta aku kat LRT KJ... on the way tu.... dear bising pasal traffic light baru buh kat ara damansara tu buat jam teruk dari KJ.... dolu2 takde pun traffic kt situh.. tapi semenjak ade nak develop another office tower/shopping complex dah jadi sibuk ya amat....

dan aku pikir2... semua kesibukan kita diatas tu la harga yang perlu kita bayar dalam idup kita... nak pembangunan/maju... kene sibuk... bila sibuk baru boleh membangun! kadang2 sibuk sangat sampai kita terlupa banyak perkara...bak kata mom-sedar2 dah masuk dlm kubo kene kambus! baru tau.... aku dah mati rupanye!!!!

Friday 6 April 2012

Today is Good Friday?!.. Friday is always Good....



Assalam all..... sehat kew? tengok kalendar hari ni.. tulis good friday.. co. depan2 aku ni sume tutup sementelah semua nye international Co. including kami...... dari US, Australia, UK, India, etc. aku je bukak pasal... kitorg tak celebrate good friday... hehehehehe.... dan bagi aku setiap friday tu always good.. :)

ok2.... sempena friday datang ni.... kita sunat berzikir dan selawat banyak2... VC aku amek kat Youtube atas tu adelah Nasyid Munajat.. salah satu cara zikrullah....... nasyid ni aku kenal dari aku kecik... masa tu kumpulan nasyid Nadamurni dari Al-Arqam yang bawak.... dan serpihan Nadamurni masih ade sampai sekarang.... dah jadi Rabbani, Hijjaz dan Raihan.. dan aku masih tak jemu dengar nashid ni sampai skang...

sebenarnye ada kesah nasyid ni... dalam nasyid tu ade nama aku... aku pernah cakap dekat mom... aku nak tukar nama jadi ANN NATASHA.. pasal aku minat sangat nama NATASHA... ape barang nama aku skang nih.. x best langsung!!! mom senyum and cakap... awak tau nama awak tu maksudnye ape?? awak tau nama yang awak pilih tu makna ape? aku jawab.. tak tahu.. tapi aku suka nama NATASHA.. nampak modern... dan bila aku dengar lagu ni... aku cakap.. mom... nama aina ade jugak dalam nasyid ni.... mom tanye nama NATASHA takde kan? mana lagi popular? nama mak bagi atau nama yang awak nak? sejak dari haritu..... aku teruja dengan nama sendiri... terima kasih kepada tok ayah.. kerana pilihkan nama bidadari Syurga yang akan sambut orang mati syahid ini.... terima kasih mak dan ayah kerana register dalam birth certificate nama aku camni....

p.s: aku tak tahu la kalo akif akan menghargai nama yang aku bagi kat dia seperti aku hargai nama yang diberikan dekat aku.... tapi percayalah... mama pilih nama AKIF kerana mama nak AKIF sentiasa FOKUS dalam semua kerja.. dalam hal dunia dalam hal akhirat.. biar keduanye AKIF sentiasa FOKUS!

Wednesday 4 April 2012

Jangan pernah penat Mencuba!


Hi all.. suppose wed ni kene diam2 kan? kata wordless wednesday kan? tapi aku dapat surat pagi ni.. so kene buat posting pagi ni jugak la... :)

Uols nampak surat kat atas tu? dari Shell.... sorry... aku delete certain info tentang aku.... rasa tak secure.. kat internet ni memacam org ade kan? lebih baik berjaga2.... dari terkena....

actually aku received call from them in late February this year... aku entitlled to win rm150. Alhamdulillah and Thanks Shell for giving me chance to win.. Tho maybe fikir... ala.... small amount je... tapi sape nak bagi bute2 rm150....without doing anything???? hehehehehhe....

aku suspect diorang dapat application aku ni masa aku isi minyak kat PutraJaya/KLIA... tp mungkin jugak kat Sg. Buloh.... ahhh! tak kesahla memana.... janji menang... Alhamdulillah.... :)

dear memang pelanggan setia Shell.... suka isi minyak kat Shell... katanye minyak Shell bagus.... tapi aku rasa pasal co. dia jaga Shell for maintainance... salah satu cara nak appreciate.... selalu isi kat Shell la.. tapi aku pun prefer Shell... agaknye sebab kaler oren kot? meriah gituh! hehheehhehehhe....

talking about isi dan menang ni.... aku je selalu beria nak isi form kat Shell... kadang2 dear bising2... sebab lambat kan? takes time.... nak isi borang and particulars.. tapi aku selalu cakap... tak salah mencuba.... at least we do something.... bukan mengharap tanpa ape2 ikhtiar... kalo dah cuba dan tak dapat... baru puas ati, takda regrett!  memang mentality aku camni.. dari dulu..... aku tak suka duk and tunggu je... dah abis ikhtiar baru aku serahkan result dia kat Allah....

dan skang.. tiap kali singgah Shell... dear cakap... i lah plak isi... u dah dapat!...... aku senyum jeeee.....

p/s: Uolss... kalo isi fuel kat Shell... isila borang... tak rugi mencuba! jangan pernah penat mencuba ya!!!

Monday 2 April 2012

Amazing Race KL!

 hi all..... :)

assalamualaikum!.... lama tak tulis citer kan? takde citer nak citer la.... tapi ni adela sesikit... buat pengubat rindu! chewahhhhhhhhhh!!! ade yg rindu kat i ker nih? ahaks!

ok2.... ni cerita jumaat lepas... bos aku cam biase... granted aku sejam awal lik umah...... memang selalu camtu.. biase kol 5pm.. so hari ni kol 4 pm... pastu aku termintak 1 jam awal lagi, menjadikan jam 3 ptg.... bos cakap... ok lah.. u may leave at 3 pm.. tapi cakapnye dan mukanye dia cam nada2.... dah bagi betis nak peha plak...(erkkk.. lain macam bunyiknye!!!... )tukar la... dah bagi satu skoop ais krim nak sebekas pulak...... :)...

Sebenornye... ni semua pasal dear la.... dia nak settle insurance and road tax kete aku hari ni jugak... uols... this is my first experience doing car insurance dan roadtax.. selalu  ayah aje yang wat.. since ayah dah takde.. so kene wat sendiri lah.. tu dia suh aku mintak lik kol 3pm... dear amek aku dari office kol 3 suku camtulah... terus dear mencilok ke Lonpac Insurance kat Jalan Sultan Sulaiman tu... aku memula ingat dear akan pergi sekali ngan aku.. sekali, dear suh aku turun.. dia hulur doc je... dear cakap malas masuk parking, mahal!... give u 15 mins to 1/2 an hour je... i was like... gila kerrrrr? aku tak penah wat mende alah ni.. tapi aku gagahkan jugakla... masa berjalan kan?  masukla aku ke office Lonpac tu.... as expected... macam2la sales agent tu tanye kan? soklan yang paling aku takleh jawab adelah...... NCD... u ade NCD? ape bende NCD nih? aku cakap sama dia... aku tak pernah ade kereta under my name.. this is first time... i dont know anything... derek aku kasitau... cam stupid sangat kan? itulah hakikatnye! and then dia cakap.. jap saye check.. kut2la boleh bagi disc. lagi... aku cakap lam ati... matilah.... mesti lama nih... dear kasik 1/2 jam je.... call saner sinih, check semua.... dan aku asik cakap.. tak payah check.. proceed je.. i'll pay what ever amount... (chewaaaaaaah!! cam banyak wit jer! padahal nan hado pun!) pastu sales tu tanye... u nak wat bile road tax? aku cakap hari ni jugak.....sales  tu senyum... awww!!!! comel jugak mamat nih... dia cakap.. mana sempat cik... skang dh nak kol 4pm.. dah nak tutup JPJ tu... aku cakap.. takpe.. JPJ tutup 4.50pm... dia balas... sape cakap? aku cakap JPJ la cakap... pastu dia masih cakap tak sempat ni cik.. takut cik kene datang lagi betulkan date insurance ni next week... tengah pi mai pi mai camtu... dear datang.. aku pk...mesti dah lambat la nih!! jam dah 3.40pm......... dear cakap... tak settle lagi? sales agent tu cakap.. sempat ke encik nak wat hari ni? dear cakap sikit je tapi firm.... buat je date hari ni! dear pandang aku and cakap.. cepat sikit! i tunggu u kat dlm kete... sebenarnye ayat tu aku rasa lebih untuk sales agent tu... pasal dear cam x puas ati... lambat sangat process tu.... dari NCD smpai ke date nak issue tu dah kat 15 minit kat situh..

dah settle semua.... aku lompat masuk kete.... jam dah kol 3.50pm.. aku cakap sempat ke ni dear? i rasa cam tak sempat... matila kene gelak ngan sales agent tu kalo x sempat nanti..... dear cakap.. insyaAllah... tu je... dear mendesup keta ke Maju Junction.. jam dah 4.25pm.. aku cam.. alahai!!! mesti tak sempat nih.. maklum jela... dahla Jumaat, deal plak ngn Govt..... paham2 jela kan? dear parking tepi jalan.. terus lompat kuar... aku beralih seat kat driver... takut traffic samanla.. tapi ade org... takpe kot? sib baik la dis time dear yg pegi.. kalo aku gie... mau terkial2 cam tadi smpai tutup office JPJ tu.. hehehehehehhehe..

finally dear datang dalam 5pm camtu.. ngan jajan... aku cakapla.. settle ke? dear cakap tak.... tak boleh wat... lambat dahhh!!... aku dah terbayang muka sales agent tu... kan tadi kami cam confirm2 je boleh wat hari ni jugak? aku dah menyumpah2 dah... aku cakap sama dear,  i namo gie lagi isnin nanti... u kene gie sndri.. i malu...! pasal u lah confident sgt boleh wat..... dear gelak2 and cakap... u lah gie.. kete u.. yang tak jalan kete u... bukan kete i! ish!!!!jahat tol!!!

sesambil dear drive tu.. aku capai jajan dear beli pasal lapo sangat... tengah hari tu x sempat lunch pasal rushing nak lik awal kan?... pastu cam aku tergerak nak check doc kete tadi.. sekalik!!! ade je road tax dlm tu... aku terjerit... u nih tipu jeeee!!!!... dear sengih2... and cakap.. believe in me.. kalo i cakap sempat... mesti sempat!

Tulah citer amazing race KL kami....sib baik driver tip top.... kudos to Dear...

anyway..... thanks dear for ur help!