Monday 3 October 2011

Innalillahi wainna ilahirajiu'un... Takziah untuk family ini.

Suami, isteri maut kemalangan jalan raya

Published on October 2, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post KUALA KRAI, 2 Okt – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kampung Che Wal, Kuala Krai di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, Ismail Yaccob, 50, dan isterinya, Ruzainiah Mustapha, 37, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal mereka bergesel dengan sebuah Perodua Kancil sebelum dirempuh oleh sebuah Proton Persona yang datang dari arah belakang.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supritendan Abd. Rahman Jaafar berkata, ketika kejadian, Ismail sedang dalam perjalanan dari arah Machang ke Kuala Krai untuk menghantar isterinya yang bekerja di sebuah kilang papan berhampiran.
“Kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pek dan ketika sampai di tempat kejadian, Ismail yang menunggang motosikal itu hendak memasuki simpang tempat isterinya bekerja apabila dia dipercayai bergesel dengan sebuah Perodua Kancil yang datang dari arah sama.
Tiga beradik hilang ibu bapa
KUALA KRAI 1 Okt – Mungkin sudah ditakdirkan nasib tiga beradik Siti Nurhafizah Ismail, 16, Siti Khairunnisa, 14, dan Siti Rasya Aleeya, 6, kehilangan ibu bapa mereka serentak.
Ibu bapa mereka, Ismail Yaccob, 50, dan Ruzainiah Mustapha, 37, terbunuh selepas motosikal yang pasangan suami isteri itu tunggangi terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Che Wal di sini pagi ini.
Dalam nahas yang berlaku pukul 7.30 pagi itu, motosikal dinaiki Ismail dan Ruzainiah bergesel dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.
Pasangan itu yang dalam perjalanan dari Machang ke Kuala Krai kemudian dirempuh sebuah kereta Proton Persona yang gagal mengelak.
Siti Nurhafizah, yang masih belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis berkata, dia tidak menyangka kepulangannya kali ini sempena cuti sekolah menjadi tragedi dalam hidupnya.
“Saya baru balik kelmarin. Setiap kali saya balik bersama keluarga tetapi tidak menyangka saya kehilangan kedua-dua mereka serentak hari ini,” katanya sebak ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Krai di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Rahman Ja’apar berkata, Ismail dalam perjalanan ke Kuala Krai untuk menghantar isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang papan.
“Kejadian berlaku semasa Ismail hendak memasuki simpang tempat isterinya bekerja tetapi motosikal mereka dikatakan bergesel dengan sebuah Kancil yang datang dari arah sama.
“Berikutan itu, kedua-dua mereka dikatakan terjatuh sebelum dirempuh sebuah kereta Persona dari arah yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. — Utusan Malaysia
2 maut motosikal bergesel dengan Perodua Kancil
KUALA KRAI, 2 Okt – “Tidak sangka kepulangan saya dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kali ini menghadapi dua kehilangan sekali gus,” kata Siti Nurhafizah Ismail, 16, apabila ibu bapanya maut dalam kemalangan di Kampung Che Wal, di sini, semalam.
Ismail Yaccob, 50, dan isterinya, Ruzainiah Mustapha, 37, maut di tempat kejadian selepas motosikal mangsa bergesel dengan sebuah Perodua Kancil jam 7.30 pagi semalam.
Mangsa juga dirempuh oleh sebuah Proton Persona yang datang dari arah belakang.
Siti Nurhafizah yang juga anak sulung mangsa berkata, dia pulang ke rumah mereka di Kampung Pek, Machang untuk bersama keluarga sempena cuti sekolah.
“Kali terakhir saya jumpa mereka semalam (kelmarin) kerana sebelum kejadian kami adik beradik masih tidur sebelum ayah keluar menghantar ibu ke tempat kerja,” katanya yang menuntut di MRSM, Kuala Lipis, Pahang.
Dalam kejadian itu, Ismail dikatakan dalam perjalanan dari arah Machang ke Kuala Krai untuk menghantar isterinya yang bekerja sebagai kerani di kilang papan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar berkata, ketika di tempat kejadian, Ismail yang menunggang motosikal hendak memasuki simpang di tempat isterinya bekerja sebelum bergesel dengan sebuah Perodua Kancil yang datang dari arah sama.
Katanya, mangsa dipercayai gagal memasuki simpang lalu hilang kawalan, menyebabkan motosikal mereka dirempuh.
“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu kedua-dua kereta terbabit tidak cedera,” katanya.
Selain Siti Nurhafizah, mangsa turut meninggalkan dua anak iaitu Siti Khairunnisa, 14, dan Siti Rasya Aleeya, 6.
Jenazah kedua-dua mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Wal selepas bedah siasat selesai. — Harian Metro
Yatim piatu sekelip mata
KUALA KRAI (Sinar Harian) – Tiga beradik berusia enam, 14 dan 16 tahun menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang masuk ke Kampung Che Wal, dekat Telekong, di sini, semalam.
Pada kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Ismail Yaccob, 47, dan isterinya, Ruzainiah Mustapha, 37, maut selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain.
Pasangan yang tinggal di Kampung Pek, Machang itu meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Siti Nurhafizah, 16, Siti Khairunisa, 14, dan Siti Nur Rasya Aleesya, 6.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja’apar berkata, kejadian berlaku ketika Ismail dalam perjalanan dari arah Machang untuk menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah kilang papan di Kampung Che Wal, dekat Telekong.
”Ketika sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai secara cuai membelok untuk masuk ke simpang itu dan berselisih dengan sebuah kereta Kancil dari arah sama.
”Kejadian menyebabkan penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah kereta Persona yang juga datang dari arah sama,” katanya, di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata, Ismail berasal dari Kampung Pek, Machang dan Ruzainiah dari Kampung Che Wal, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah kepala.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Siti Nurhafizah berkata, ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali tidak membawa Siti Nur Rasya Aleesya bersama mereka ketika keluar rumah pagi semalam.
”Biasanya ayah akan bawa adik (Siti Nur Rasya Aleesya) sekali bila hantar emak pergi kerja tetapi semalam mereka hanya keluar rumah berdua sahaja,” katanya.
Siti Nurhafizah kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang dan baru pulang ke kampung sempena cuti bulanan, kelmarin.
Siti Khairunisa pula pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan manakala Siti Nur Rasya Aleesya murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang.
Sub Topik: , , , , , , , ,

AKU DAPAT NEWS FRESH FROM OVEN MASA PAGI SABTU TU... SELEPAS ADIK AKU IAITU CIK FATHIN X-RAY JENAZAH DIORG... AKU TAK  NAK ULAS LEBIH LANJUT... CIK FATHIN PUN MENGGIGIL MASA CERITA DEKAT AKU... CIK FATHIN NOW BERPRAKTIKAL DI HOSP. KUALA KRAI.. SEMOGA CIK FATHIN CEPAT SEMBUH.. SEMALAM.. 2-10-2011.. CIK FATHIN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN SEWAKTU PERGI UNTUK PRAKTIKAL DI HOSPITAL DIATAS....

HIDUP TERLALU FRAGILE KAN?? SEMOGA KITA SEMUA BERJUMPA TUHAN DALAM KEADAAN BETUL2 BERSEDIA...

BERTABAH LAH KALIAN 3 BERADIK... ALLAH SAYANGKAN MAK AYAH KAMU SEMUA... DOAKAN ROH MEREKA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 MUKMIN.. AMIN!



No comments:

Post a Comment