aikssss??? politik jah ker ni? huhuhu... nak tau sumber mana.. klik link dibawah hokkay???
Telco tangguh caj 6 peratus - BH - Berita Utama - Pusat Berita CARI
Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile terima nasihat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di
negara ini semalam bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam
peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang
dijadual dikuat kuasa Khamis ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais
Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat
syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian
itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.
“Setelah mengadakan perundingan dengan empat syarikat telekomunikasi
utama yang terbabit dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya bersetuju
supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada
pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuat kuasa seperti yang diumumkan
sebelum ini.
“Perbincangan membabitkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U
Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik
nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan
Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada pemberita
selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi
syarikat telekomunikasi itu, semalam.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk
Shazalli Ramly; CEO Kumpulan, Digi Henrik Clausen; CEO Kumpulan Maxis
Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee.
Pengguna telefon bimbit prabayar Khamis lalu dikejutkan dengan
pengumuman bersama syarikat telekomunikasi bahawa mereka akan mengenakan
cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian pek atau kad
SIM prabayar, berkuat kuasa 15 September ini.
Berikutan pengumuman itu, banyak pihak termasuk persatuan
pengguna membantah langkah itu dan menyifatkannya sebagai tidak masuk
akal kerana hanya membebankan rakyat terutama pelajar.
Rais juga berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kajian
semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila
perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.
“Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya
dan kementerian akan membuat beberapa kajian mengenai isu yang
dibangkitkan seperti bila waktu terbaik untuk mengenakan cukai
perkhidmatan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada
ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali
membaharuinya,” katanya.
Beliau berkata, semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat Kabinet akan datang.
Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak
dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah
menangguhkan pelaksanaan caj itu.
Rais berkata, bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang
membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan
sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi
kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau
akan menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan
itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment